Sesungguhnya muslim itu bersaudara

Sesungguhnya muslim itu bersaudara

Monday, January 23, 2012

SECORET HADIS KUDSI

" Siapa yang dalam hatinya ada iman ? Keluarlah dari neraka ! "

{Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenarn yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.Mereka mengatakan, ' Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.'

Allah berfirman,'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.'Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata :' Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.'

Allah berfirman,"Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar." Kemudian Allah berfirman lagi, " Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar ?" Hingga firmanNya :" Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah( keimanan ).". }
[ Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah ]

Friday, January 6, 2012

Jasamu Insan Yang bergelar " ABAH & EMAK"

Alhamdulillah,selepas berhempas pulas dgn exam2...Allah bagi sedikit masa untuk menulis di entry nie..lepas solat maghrib tadi sempat ak bermuhasabah diri ini yang serba kekurangan ini..terimbau kembali kenangan2 yg lama dri sekolah rendah sampai sekarang..jasa abah ngan mak tak terbalas dengan kata2..ingt lagi waktu sek dulu, yg ambil dan hantar ak ke sek adalah abah ku yang teramat ak sayang..tapi sayang, ak tak pernah nak mengucapkan sayang melalui perkataan...huu...tapi setiap kali before balik kolej mesti abah cium pipi ak..mak pulak,setiap pagi mesti siapkan sarapan tuk pegi sek sampai sekarang kalo nak balik kolej mesti nak siapkan makanan tuk bawak balik..
cite yg sedih2 tak yah nak bagtau lah ea, tue rahsie ak ngan kedua ibubapaku..^^

" Ya ALLAH, berilah aku kesempatan untuk membalas jasa kedua IBU BAPA ku.."

Bila agaknya kita akan Tawadhu' ??

Bila agaknya kita akan Tawadhu' ??
Tepuk dada, Tanya IMAN

"LA TAHZAN,Sesungguhnya Allah bersama kamu "

‘’Jaganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.’’ (surah Ali Imran : 139 )