" Siapa yang dalam hatinya ada iman ? Keluarlah dari neraka ! "
{Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenarn yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.Mereka mengatakan, ' Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.'
Allah berfirman,'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.'Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata :' Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.'
Allah berfirman,"Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar." Kemudian Allah berfirman lagi, " Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar ?" Hingga firmanNya :" Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah( keimanan ).". }
[ Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah ]
"Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa,
kerana meraka adalah pemegang tali penghujung nyawa ketika kamu meningkat dewasa,
kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas .."
Sesungguhnya muslim itu bersaudara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila agaknya kita akan Tawadhu' ??
"LA TAHZAN,Sesungguhnya Allah bersama kamu "
‘’Jaganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.’’ (surah Ali Imran : 139 )
Betapa besarnya Kasih ALLAH kepada hambanya..
ReplyDelete