Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
Bila diri ini terlupa, tolong ingatkan.. Bila diri ini berdosa, tolong beritahuku untuk cepat-cepat bertaubat....
Bila diri ini terlalu takut dengan masa depan, tolong beritahuku yang masih ada lagi harapan..Bila diri ini menangis terhadap dosaku, biarkan aku terus menangis untuk mencari redha Illahi.. Bila diri ini tersasar, ingatkan diri ini supaya kembali ke landasan yang sepatutnya..Bila diri ini menghadapi kesusahan, tolong ingatkan bahawa diri ini bahawa ini adalah ujianku..Bila engkau sahabat mengatakan menyayangi diri ini, janganlah sayangi diri ini untukku semata.. AKU tak punya apa apa melainkan hanyalah hamba Allah S.W.T.. Sayangilah aku hanya keranaNYA..
sahabat,adakah terlalu cepat engkau berputus asa padaku, diri ini tidak sekuat dirimu dlm menjalankan dakwah..adakah semudah itu engkau melepaskan diri ini di jalan dakwah ..adakah semudah itu engkau tidak mengharapkan diri ini untuk sama2 menggerakkan jalan ini..diri ini pasrah sahabat, mungkin ini ujianku dalam jalan ini..moga diri ini dipeertemukan semula dgnmu sahabat di atas jalan ini..
No comments:
Post a Comment