Sesungguhnya muslim itu bersaudara

Sesungguhnya muslim itu bersaudara

Monday, October 1, 2012




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..

Bila diri ini terlupa, tolong ingatkan.. Bila diri ini berdosa, tolong beritahuku untuk cepat-cepat bertaubat....
Bila diri ini terlalu takut dengan masa depan, tolong beritahuku yang masih ada lagi harapan..Bila diri ini menangis terhadap dosaku, biarkan aku terus menangis untuk mencari redha Illahi.. Bila diri ini tersasar, ingatkan diri ini supaya kembali ke landasan yang sepatutnya..Bila diri ini menghadapi kesusahan, tolong ingatkan bahawa diri ini bahawa ini adalah ujianku..Bila engkau sahabat mengatakan menyayangi diri ini, janganlah sayangi diri ini untukku semata.. AKU tak punya apa apa melainkan hanyalah hamba Allah S.W.T.. Sayangilah aku hanya keranaNYA.. 
sahabat,adakah terlalu cepat engkau berputus asa padaku, diri ini tidak sekuat dirimu dlm menjalankan dakwah..adakah semudah itu engkau melepaskan diri ini di jalan dakwah ..adakah semudah itu engkau tidak mengharapkan diri ini  untuk sama2 menggerakkan jalan ini..diri ini  pasrah sahabat, mungkin ini ujianku dalam jalan ini..moga diri ini  dipeertemukan semula dgnmu sahabat di atas jalan ini..

Wednesday, May 23, 2012

Perlukah??

Bile dgr lagu niey,,ak tersentap seketika..
 Perlukah Album : Munsyid :
 Forheart http://liriknasyid.com
 menitis air mataku
 hilangnya sahabat sejati
 yang riang dikau ku merindu
 persahabatan abadi ....
 setiap detik teringatkan dikau
 walaupun kau pergi membawa diri
 kasih sayang kita tidak terjangkau
 ditemukan impian yang murni ....
 perlukah daku ditinggalkan
 perlukah engkau melupakanku
 perlukah ada rasa kesangsian
 perlukah ada rasa rindu...

 lirik: ikhsan
 lagu: ikhsan

Saturday, March 10, 2012

Ya ALLAH,berikan ak KEKUATAN JIWA

Lately nie, rase sedih2 sgt, ble2 jek air mata bley mengalir..sebab?..ntahlah..bnyk
sebenarnyer..semoga AllAH berikan ak kekuatan jiwa..Bak petikan dari filem
"Dalam lindungan Kaabah" , mak die pesan kat anak die ,"Ingatlah bile tiada sesiapa pun bersama engkau,Allah lebih dari segalanya "..Allah..*_*..bile dengar lgu2 Opick lagilah..bertambah2 sedih..biar sape pun kite, akhirnya, kita akan kembali pada ALLAH..

Monday, January 23, 2012

SECORET HADIS KUDSI

" Siapa yang dalam hatinya ada iman ? Keluarlah dari neraka ! "

{Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenarn yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.Mereka mengatakan, ' Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.'

Allah berfirman,'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.'Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata :' Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.'

Allah berfirman,"Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar." Kemudian Allah berfirman lagi, " Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar ?" Hingga firmanNya :" Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah( keimanan ).". }
[ Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah ]

Friday, January 6, 2012

Jasamu Insan Yang bergelar " ABAH & EMAK"

Alhamdulillah,selepas berhempas pulas dgn exam2...Allah bagi sedikit masa untuk menulis di entry nie..lepas solat maghrib tadi sempat ak bermuhasabah diri ini yang serba kekurangan ini..terimbau kembali kenangan2 yg lama dri sekolah rendah sampai sekarang..jasa abah ngan mak tak terbalas dengan kata2..ingt lagi waktu sek dulu, yg ambil dan hantar ak ke sek adalah abah ku yang teramat ak sayang..tapi sayang, ak tak pernah nak mengucapkan sayang melalui perkataan...huu...tapi setiap kali before balik kolej mesti abah cium pipi ak..mak pulak,setiap pagi mesti siapkan sarapan tuk pegi sek sampai sekarang kalo nak balik kolej mesti nak siapkan makanan tuk bawak balik..
cite yg sedih2 tak yah nak bagtau lah ea, tue rahsie ak ngan kedua ibubapaku..^^

" Ya ALLAH, berilah aku kesempatan untuk membalas jasa kedua IBU BAPA ku.."

Bila agaknya kita akan Tawadhu' ??

Bila agaknya kita akan Tawadhu' ??
Tepuk dada, Tanya IMAN

"LA TAHZAN,Sesungguhnya Allah bersama kamu "

‘’Jaganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.’’ (surah Ali Imran : 139 )